Wednesday, August 26, 2009

Wednesday, August 19, 2009

Wednesday, August 12, 2009

Purchasing " How to Become a Good and Successful Medical Student"

Please pay an amount of RM 25 (book price) plus RM5 ( postage) and email the payment evidence and mailing address to drmuhayalasik@gmail.com titled " BUKU".

The book will be delivered after three working days of receipt of payment.

Account number 514132225821- Maybank - Che Muhaya Haji Mohamad

Tuesday, August 11, 2009

"How to become a good and successful medical student"

Untuk dapatkan buku ini, sila hubungi Encik Abdul Aziz 017 305 9193.
Buku ini dijual pada harga RM 25 dan terdapat di kedai buku MPH, Kinokuniya dan beberapa kedai buku lain.

Wednesday, August 5, 2009

Dynas dan LASIK di Pusat Perubatan Prince Court

Buta Mata Kerana Kanta Lekap

dipetik dari Mingguan Malaysia 2 Aug 2009

PENGGUNAAN kanta lekap untuk tujuan kosmetik tidak digalakkan kerana pengguna mungkin mengabaikan aspek keselamatan dan kesihatan mata.

KANTA lekap kini merupakan antara alternatif kepada penggunaan kaca mata untuk memperbaiki penglihatan seseorang yang rabun.


Penggunaan kanta lekap juga kini dipelbagaikan dan bukan hanya terhad kepada membetulkan penglihatan, tetapi turut dijadikan alat kosmetik bagi menukar warna anak mata.

Satu persoalan yang dibangkitkan ramai; adakah penggunaan kanta lekap satu amalan yang sihat?


Sebenarnya, jawapan persoalan ini bergantung kepada disiplin dan sikap si pemakai itu sendiri. Perkara utama yang harus dilakukan sebelum seseorang itu memakai kanta lekap ialah menjalani pemeriksaan mata oleh optometris atau pakar mata bagi menentukan sama ada individu berkenaan sesuai menggunakan kanta lekap ataupun tidak.
Malah, pengamal dan juga penjual kanta lekap yang berdaftar perlu menjalankan pemeriksaan kornea dan air mata seseorang untuk menentukan kesesuaian penggunaan kanta lekap bagi setiap pelanggan mereka yang berminat menggunakannya.


Komplikasi


Pasti terdapat komplikasi yang mungkin berlaku jika seseorang itu tidak mematuhi aturan pemakaian kanta lekap. Komplikasi paling berbahaya ialah berlakunya jangkitan kuman pada lapisan kornea mata yang dikenali sebagai ulser kornea. Komplikasi ini juga boleh berlaku pada pengguna yang memakai kanta lekap untuk tujuan kosmetik.
Mengikut pengalaman peribadi, seorang pesakit telah menghidap ulser kornea selepas memakai kanta lekap untuk mengubah warna matanya supaya kelihatan lebih menarik dan mengikut peredaran fesyen.


Masalah bertambah serius apabila dia terus memakai kanta lekap walaupun matanya menjadi merah, berasa sakit dan penglihatan mula kabur.
Pesakit ini akhirnya menyesal kerana terikut-ikut dengan aliran fesyen. Akibat mahu mata kelihatan cantik, dia membahayakan diri dengan memperjudikan deria penglihatannya.


Tindakan


Apa harus dilakukan jika mata bertukar merah? Pemakai kanta lekap harus segera menghentikan sementara penggunaan kanta lekap apabila mata menjadi merah.
Bawa kanta lekap dan bekas simpanannya ketika berjumpa doktor mata. Doktor akan memeriksa bekas kanta lekap itu bagi memastikan jika berkemungkinan mengandungi kuman. Rawatan segera untuk gejala jangkitan pada mata pula dapat mencegah kebutaan.
Dalam pemeriksaan, doktor akan menguji ketajaman penglihatan dan memeriksa keadaan mata pesakit, seterusnya menentukan penyebab mata merah. Keadaan mata merah di kalangan pemakai kanta lekap mungkin disebabkan jangkitan kuman pada lapisan kornea mata yang dipanggil ulser kornea.


Justeru, mata menjadi merah dan sakit. Jika tidak dirawat segera, pesakit boleh menjadi buta.
Ulser kornea boleh berlaku apabila kuman menjangkiti mata pemakai kanta lekap yang tidak menjaga kebersihan dan tidur tanpa menanggalkan kanta lekap. Dalam satu kes berasingan, seorang pelajar malang di tingkatan tiga telah dijangkiti kuman yang menyebabkan ulser kornea.
Pelajar ini memerlukan rawatan selama dua bulan di dalam wad dan terpaksa mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di hospital.


Masalah yang dihadapinya berpunca daripada pemakaian kanta lekap melebihi tempoh ditetapkan atas alasan masalah kewangan dan kurang kemampuan untuk menggantikannya dengan kanta lekap yang baru.


Kelewatan berjumpa pakar mata, selepas tiga hari mengalami mata merah dan gangguan penglihatan, menyebabkan pelajar ini menjadi buta disebabkan parut yang kekal di kornea.
Hanya pendermaan mata dapat menyelamatkan penglihatan matanya kini.


Rawatan


Ubat titis antibiotik akan diberikan untuk masalah jangkitan mata dan harus digunakan setiap satu hingga dua jam. Pesakit juga perlu mendapatkan rawatan di dalam wad untuk pemantauan rapi.


Doktor yang merawat pula perlu menanyakan dua soalan kepada semua pesakit yang mengalami mata merah, iaitu adakah mata berasa sakit dan penglihatan terganggu. Jika pesakit mengalami dua gejala itu, pesakit itu harus dirujuk kepada pakar mata secepat mungkin.
Jika tidak dirujuk segera, besar kemungkinan pesakit menjadi buta andainya masalah berkenaan berpunca daripada sesuatu yang berbahaya seperti jangkitan kuman.
Akhir sekali, semua pengguna kanta lekap dinasihatkan:


*Jangan sekali-kali memakai kanta lekap melebihi waktu yang disarankan.
*Jangan tidur dengan memakai kanta lekap.
*Menghentikan penggunaan kanta lekap jika berlaku kemerahan pada mata dan segera berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan jika perlu.
*Pastikan diri dirujuk kepada pakar mata jika berlaku masalah mata merah dan penglihatan terganggu atau semakin kabur.
*Jangan menggunakan kanta lekap yang melebihi tempoh tarikh luputnya.
Bersama kita memastikan aplikasi kanta lekap untuk membetulkan masalah penglihatan tidak disalahgunakan dan digunakan mengikut arahan dan cara bersesuaian.
Pelihara mata dan deria penglihatan dari sebarang ancaman, terutamanya jangkitan kuman dari kanta lekap yang membutakan mata.


Saturday, August 1, 2009


LASIK Visumax Costing at Prince Court Medical Centre


Google Calendar Viewer