Wednesday, August 5, 2009

Buta Mata Kerana Kanta Lekap

dipetik dari Mingguan Malaysia 2 Aug 2009

PENGGUNAAN kanta lekap untuk tujuan kosmetik tidak digalakkan kerana pengguna mungkin mengabaikan aspek keselamatan dan kesihatan mata.

KANTA lekap kini merupakan antara alternatif kepada penggunaan kaca mata untuk memperbaiki penglihatan seseorang yang rabun.


Penggunaan kanta lekap juga kini dipelbagaikan dan bukan hanya terhad kepada membetulkan penglihatan, tetapi turut dijadikan alat kosmetik bagi menukar warna anak mata.

Satu persoalan yang dibangkitkan ramai; adakah penggunaan kanta lekap satu amalan yang sihat?


Sebenarnya, jawapan persoalan ini bergantung kepada disiplin dan sikap si pemakai itu sendiri. Perkara utama yang harus dilakukan sebelum seseorang itu memakai kanta lekap ialah menjalani pemeriksaan mata oleh optometris atau pakar mata bagi menentukan sama ada individu berkenaan sesuai menggunakan kanta lekap ataupun tidak.
Malah, pengamal dan juga penjual kanta lekap yang berdaftar perlu menjalankan pemeriksaan kornea dan air mata seseorang untuk menentukan kesesuaian penggunaan kanta lekap bagi setiap pelanggan mereka yang berminat menggunakannya.


Komplikasi


Pasti terdapat komplikasi yang mungkin berlaku jika seseorang itu tidak mematuhi aturan pemakaian kanta lekap. Komplikasi paling berbahaya ialah berlakunya jangkitan kuman pada lapisan kornea mata yang dikenali sebagai ulser kornea. Komplikasi ini juga boleh berlaku pada pengguna yang memakai kanta lekap untuk tujuan kosmetik.
Mengikut pengalaman peribadi, seorang pesakit telah menghidap ulser kornea selepas memakai kanta lekap untuk mengubah warna matanya supaya kelihatan lebih menarik dan mengikut peredaran fesyen.


Masalah bertambah serius apabila dia terus memakai kanta lekap walaupun matanya menjadi merah, berasa sakit dan penglihatan mula kabur.
Pesakit ini akhirnya menyesal kerana terikut-ikut dengan aliran fesyen. Akibat mahu mata kelihatan cantik, dia membahayakan diri dengan memperjudikan deria penglihatannya.


Tindakan


Apa harus dilakukan jika mata bertukar merah? Pemakai kanta lekap harus segera menghentikan sementara penggunaan kanta lekap apabila mata menjadi merah.
Bawa kanta lekap dan bekas simpanannya ketika berjumpa doktor mata. Doktor akan memeriksa bekas kanta lekap itu bagi memastikan jika berkemungkinan mengandungi kuman. Rawatan segera untuk gejala jangkitan pada mata pula dapat mencegah kebutaan.
Dalam pemeriksaan, doktor akan menguji ketajaman penglihatan dan memeriksa keadaan mata pesakit, seterusnya menentukan penyebab mata merah. Keadaan mata merah di kalangan pemakai kanta lekap mungkin disebabkan jangkitan kuman pada lapisan kornea mata yang dipanggil ulser kornea.


Justeru, mata menjadi merah dan sakit. Jika tidak dirawat segera, pesakit boleh menjadi buta.
Ulser kornea boleh berlaku apabila kuman menjangkiti mata pemakai kanta lekap yang tidak menjaga kebersihan dan tidur tanpa menanggalkan kanta lekap. Dalam satu kes berasingan, seorang pelajar malang di tingkatan tiga telah dijangkiti kuman yang menyebabkan ulser kornea.
Pelajar ini memerlukan rawatan selama dua bulan di dalam wad dan terpaksa mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di hospital.


Masalah yang dihadapinya berpunca daripada pemakaian kanta lekap melebihi tempoh ditetapkan atas alasan masalah kewangan dan kurang kemampuan untuk menggantikannya dengan kanta lekap yang baru.


Kelewatan berjumpa pakar mata, selepas tiga hari mengalami mata merah dan gangguan penglihatan, menyebabkan pelajar ini menjadi buta disebabkan parut yang kekal di kornea.
Hanya pendermaan mata dapat menyelamatkan penglihatan matanya kini.


Rawatan


Ubat titis antibiotik akan diberikan untuk masalah jangkitan mata dan harus digunakan setiap satu hingga dua jam. Pesakit juga perlu mendapatkan rawatan di dalam wad untuk pemantauan rapi.


Doktor yang merawat pula perlu menanyakan dua soalan kepada semua pesakit yang mengalami mata merah, iaitu adakah mata berasa sakit dan penglihatan terganggu. Jika pesakit mengalami dua gejala itu, pesakit itu harus dirujuk kepada pakar mata secepat mungkin.
Jika tidak dirujuk segera, besar kemungkinan pesakit menjadi buta andainya masalah berkenaan berpunca daripada sesuatu yang berbahaya seperti jangkitan kuman.
Akhir sekali, semua pengguna kanta lekap dinasihatkan:


*Jangan sekali-kali memakai kanta lekap melebihi waktu yang disarankan.
*Jangan tidur dengan memakai kanta lekap.
*Menghentikan penggunaan kanta lekap jika berlaku kemerahan pada mata dan segera berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan jika perlu.
*Pastikan diri dirujuk kepada pakar mata jika berlaku masalah mata merah dan penglihatan terganggu atau semakin kabur.
*Jangan menggunakan kanta lekap yang melebihi tempoh tarikh luputnya.
Bersama kita memastikan aplikasi kanta lekap untuk membetulkan masalah penglihatan tidak disalahgunakan dan digunakan mengikut arahan dan cara bersesuaian.
Pelihara mata dan deria penglihatan dari sebarang ancaman, terutamanya jangkitan kuman dari kanta lekap yang membutakan mata.


9 comments:

  1. saya ingin bertanya....umur saya sekarang 16 tahun..saya juga seorang pemakai kanta lekap bertujuan untuk menajamkan lagi jarak penglihatan mata saya..pernah sekali saya memakai kanta lekap dan menyebabkan mata sy menjadi merah tapi sy tidak merasai kesakitannya....sehingga sekarang sy tidak berjumpa dgn doktor untuk mendapatkan rawatan...soalan sy..adakah masalah sy ni menjadi serius atau blh menyebabkan kebutaan??

    ReplyDelete
  2. KAnta lekap merbahaya jika tidak dijaga dgn betul. Saya cadangkan memakai cermin mata sehingga stabil power dan berunur 20 thau keatas dan jalani lasik jika tidak mahu memakia cermin mata

    ReplyDelete
  3. SALAM

    Prof, sy mempunyai mslh rabun jauh & telah memakai kanta lekap dr usia 19 thn hingga skrg 26 thn.. Baru2 ini sy mengalami sakit mata di sblh mata kiri & mata merah seolah2 terdapat "ring" berwarna merah di sekeliling anak mata sy. Sy telah pun mendapat rawatan di pusat pakar mata & doktor yg merawat sy memaklumkan mata sy di sblh kiri lebih kering dr mata kanan. Selain itu pemakaian kanta lekap menyebabkan mata sy kurg oksigen. Doktor memberi sy ubat titis untuk melembapkan mata sewaktu memakai kanta lekap namun ubat tersebut tidak memberi kesan kpd sy. Slps memakai kanta lekap, walaupun memakainya untuk tempoh yg sekejap ( 1-2 jam ) mata sy akan sakit dan seterusnya membentuk "ring" merah tersebut.. Keadaan ini amat merunsingkan sy krn pd waktu ini sy lebih byk memakai cermin mata & hanya sekali sekala memakai kanta lekap.. Apakah yg harus sy lakukan?? Satu lg prof, persoalan yg selalu bermain2 di minda sy.. Ada tak cara untuk mengurangkan power mata sy krn power sy skrg 400? Adakah dgn memakan carrot sbyk mungkin & melihat tumbuhan hijau boleh mengurangkan power mata????

    TQ~~

    p/s : nak buat rawatan lasik mahal sgt.. :((

    ReplyDelete
  4. saya pengguna contact lens nak ajukan soalan .. adakah jika selalu memakai lens tsebut bole menyebabkn mata semakin rosak .. sebab semenjak sya memakai lens ney mata saya smakin kabur .. tapi sya jrang mggunakan ny .. sy hny gunakn kacamata sja .. lagi pun sya masi stdy dan mgmbil kos IT so hari2 kena bhdapan dgn komputer . apakah kesan pada mata jika memakai lens tsebut yg sntiasa bhadpan dengan komputr

    ReplyDelete
  5. salam prof sy berminat sangat nak buat lasik sebab susah nak buat aktiviti harian terutamanya Diving....tapi adakah faktor allergi ( mata mudah allergi dengan habuk dan seafood, gatal2) mempengaruhi jika saya melakukan LASIK? PS: SAYA KERAP BERSIN JIKA ALLERGI BERLAKU DAN MATA TURUT MERAH DISEBABKAN ITU...ADAKAH AKAN MEMBERI KESAN???

    PROF, Satu lagi persoalan, adakah rawatn LAsik berbeza- beza mengikut tempat??

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum. dr. saya mempunyai seorang anak lelaki berumur 17 tahun dan beliau ingin mengunakan kanta lengkap dan di tempah khas kerana power di antara kedua-dua belah mata berbeza. mata kiri 625, silau 200 dan mata kanan 500 silau 150. berapa kos bagi pembedahan lasik? terima kasih.

    ReplyDelete
  7. dr. sy prnah mngalami ulser kesan pmakaian contact lens. kemudian sy berhajat utk menjalani pembedahan lasik. adakah keadaan ini membolehkan sy menjalani pmbedahan tersebut?

    ReplyDelete
  8. Salam dr..sy memakai contact lens sjk berumur 15 tahun lg..dan sekarang umur sy dh mencecah 19 tahun,dan mata saya ad sperti ulser.. bkn stkad itu shaja.. kepala dan telinga sy kerap kali terasa sakit... adakaha ianya berpunca dr contact lens??
    dan apakah yg ptut sy lakukan??..

    ReplyDelete
  9. sya pelajar berumur 17 tahun dan telah menggunakan kanta lengkap sejak berumur 15 tahun . tadi sewaktu pulang dri skolah sya mendapati mata sebelah kiri sya merah . mta sebelah kanan normal shaja . mta kiri sya yang merah tu tak sakit dan tak gatal2 . apa patut sya buat Prof ?

    ReplyDelete

Google Calendar Viewer