Kanta Lekap Punca Buta
KANTA lekap adalah alternatif kepada penggunaan kaca mata untuk memperbaiki penglihatan seseorang yang rabun. Kini penggunaan kanta lekap dipelbagaikan dan bukan hanya terhad kepada pembetulan penglihatan, tetapi turut dijadikan kosmetik bagi menukar warna mata.
Ramai bertanya, adakah penggunaan kanta lekap satu amalan sihat?
Sebenarnya ia bergantung kepada disiplin dan sikap si pemakai. Yang harus dilakukan sebelum memakai kanta lekap ialah menjalani pemeriksaan oleh optometris atau pakar mata bagi menentukan sama ada seseorang itu sesuai menggunakan kanta lekap atau tidak. Malah, pengamal dan penjual kanta lekap yang berdaftar akan menjalankan pemeriksaan kornea dan air mata seseorang untuk menentukan kesesuaian penggunaan kanta lekap kepada setiap pelanggannya.
Apakah komplikasi yang mungkin berlaku jika seseorang tidak mematuhi aturan pemakaian kanta lekap?
Komplikasi paling berbahaya ialah berlakunya jangkitan kuman pada lapisan kornea mata yang dipanggil ulser kornea. Komplikasi ini juga boleh berlaku pada pengguna yang memakai kanta
lekap untuk tujuan kosmetik.
Seorang pesakit saya menghidap ulser kornea selepas memakai kanta lekap untuk mengubah warna matanya supaya kelihatan lebih menarik dan mengikut peredaran fesyen.
Masalah bertambah serius apabila dia terus memakai kanta lekap walaupun matanya menjadi merah, berasa sakit dan penglihatan mula kabur. Dia menyesal kerana terikut-ikut dengan aliran fesyen dan akibat mahu cantik, dia membahayakan diri dengan memperjudikan penglihatannya.
Jika keadaan ini berlaku, apa akan doktor lakukan?
Pemakai kanta lekap harus menghentikan sementara penggunaan kanta lekap apabila mata menjadi merah. Sebaliknya segera bawa kanta lekap dan bekasnya berjumpa doktor mata. Doktor akan memeriksa bekas kanta lekap itu yang mungkin mengandungi kuman. Rawatan segera mencegah kebutaan.
Jika keadaan ini berlaku, apa akan doktor lakukan?
Doktor akan memeriksa ketajaman penglihatan dan memeriksa mata pesakit, seterusnya menentukan penyebab mata merah.
Mengapa pemakai kanta lekap mengalami mata merah?
Keadaan ini mungkin disebabkan jangkitan kuman pada lapisan kornea mata yang dipanggil ulser kornea. Justeru, mata menjadi merah dan sakit. Jika tidak dirawat segera, pesakit boleh buta. Ulser kornea boleh berlaku apabila kuman menjangkiti mata pemakai kanta lekap yang tidak menjaga kebersihan dan tidur tanpa menanggalkan kanta lekap.
Dalam satu kes, seorang pelajar tingkatan tiga dijangkiti kuman yang menyebabkan ulser kornea dan memerlukan rawatan dua bulan di dalam wad dan terpaksa mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di hospital.
Masalahnya disebabkan pemakaian kanta lekap melebihi tempoh kerana masalah kewangan untuk menggantikan dengan yang baru. Kelewatan berjumpa pakar mata selepas tiga hari mengalami mata merah dan gangguan penglihatan menyebabkan beliau menjadi buta disebabkan parut yang kekal di kornea. Hanya pendermaan mata dapat menyelamatkan penglihatan mata beliau.
Apa rawatan untuk ulser kornea?
Ubat titis antibiotik akan diberi dan harus digunakan setiap satu hingga dua jam. Pesakit harus mendapat rawatan di dalam wad untuk pemantauan rapi.
Apakah nasihat kepada pesakit dan doktor yang merawatnya?
Doktor perlu bertanya dua soalan kepada semua pesakit yang mengalami mata merah, iaitu adakah mata berasa kesakitan dan penglihatan terganggu. Jika pesakit mengalami dua gejala itu, pesakit itu harus dirujuk kepada pakar mata dengan segera.
Jika tidak dirujuk, besar kemungkinan pesakit menjadi buta andainya akibat penyebab berbahaya seperti jangkitan kuman.
Apakah pesanan kepada semua pemakai kanta lekap?
* Jangan sekali-kali memakai kanta lekap melebihi waktu yang dicadangkan.
* Jangan tidur dengan memakai kanta lekap.
* Penggunaan kanta lekap harus diberhentikan apabila berlaku kemerahan
pada mata dan segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan atau rawatan.
* Jika berlaku masalah mata merah dan penglihatan terganggu, pastikan
anda dirujuk kepada pakar mata.
* Jangan pakai kanta lekap yang melebihi tarikh luput.
(END)
assalamualaikum.
ReplyDeletesaya memakai kanta lekap yang biasa lebih kurang 10 bulan.pd awal bulan yg lalu saya baru menukar kanta lekap yang berwarna tetapi saya mempunyai masalah penglihatan iaitu penglihatan menjadi kabur secara tiba2.adakah saya patut berjumpa doktor mata ataupun terus berhenti memakai kanta lekap.? adakah saya juga mengalami ulser kornea.
Kalau mata gatal setiap kali saya keluarkan kanta lekap tu bagaimana pulak? adakah disebabkan solution juga?
ReplyDeleteAssalamualaikum doktor.. Anak saya 8bulan terkena ulcer cornea.. Apa rawatan yang akan diberi ye. Saya dah pergi hospital, doktor ckp just merah mata biase. Tapi saya nampak memang ade bulatan putih di mata hitam dia. Tolong saya apa perlu saya buat 😓
ReplyDelete