Friday, June 5, 2009

Rawat Juling


JULING antara masalah mata yang kerap berlaku, terutama pada kanak-kanak.Walaupun ada orang menganggap juling sebagai tanda tuah, hakikatnya iaboleh menjejaskan penglihatan dan jika dibiarkan, masalah ini boleh bertambah teruk apabila meningkat dewasa. Antara persoalan yang sering diajukan ialah:

1. Apakah masalah yang mungkin dihadapi seseorang yang
mengalami kejulingan?

Masalah kejulingan bukan saja menjejaskan keupayaan mata untuk melihat dengan jelas, malah mencacatkan rupa Paras yang secara tidak langsung mempengaruhi serta merendahkan keyakinan diri seseorang. Mereka berasa rendah diri dan malu berdepan masyarakat.

2. Jika seseorang itu juling sejak lahir, apakah kejulingannya boleh dirawat?

Ya. Kejulingan boleh dirawat dan jenis rawatan bergantung kepada punca kejulingan. Ada yang dapat dirawat dengan cermin mata dan ada yang memerlukan pembedahan. Pembedahan pada otot untuk membetulkan kedudukan mata boleh dilakukan.

3. Adakah rawatan, termasuk pembedahan, dibolehkan Islam?

Ya, boleh kerana kejulingan adalah penyakit, oleh itu ia harus dirawat. Dalam hal ini, jika kecacatan (juling) seseorang menimbulkan rasa rendah diri, ada keharusan untuk melakukan pembedahan mata.

4. Apakah juling boleh menyebabkan gangguan penglihatan?

Jika juling hanya berlaku pada sebelah mata, keadaan ambliopia atau 'mata malas' boleh berlaku. Ambliopia terjadi kerana kerosakan penglihatan dalam beberapa tahun pertama umur kanak-kanak seperti mata juling, mata berselaput, rabun jauh dan penglihatan kabur. Ketika tahap pembentukan, mata perlu ada imej jelas di bahagian retina untuk membolehkan kedua-dua mata dan otak memproses imej dengan betul.

Kejulingan berlaku apabila kedudukan bola mata tidak selari. Ada yang juling ke arah keluar dan ada ke dalam. Ia boleh berlaku pada sebelah mata saja atau secara berganti-ganti iaitu mata kanan dan ada kalanya berubah ke mata kiri.

5. Apakah punca kejulingan?

Dua punca utama menyebabkan masalah kejulingan iaitu:
* Faktor semula jadi yang mana seseorang itu mengalaminya sejak lahir
* Apabila saraf yang mengawal pergerakan mata yang terletak di bahagian
otak manusia rosak atau penyakit otot yang mengawal pergerakan bola mata

6. Apa patut dilakukan ibu bapa yang ada anak juling?

Ibu bapa yang mendapati mata anak juling sejak lahir perlu memerhatikan keadaan juling itu sehingga kanak-kanak itu berumur enam bulan. Jika berlarutan, kanak-kanak itu perlu dibawa berjumpa doktor untuk dibuat pemeriksaan. Kejulingan sejak kecil yang tidak dirawat boleh membahayakan kanak-kanak. Ini kerana, mata yang juling menghalang kanak-kanak melihat
objek dengan jelas.

Pada keadaan biasa apabila mata melihat objek, bola mata bergerak pada satu arah sama. Namun apabila mengalami juling, jika seseorang itu melihat sebelah kiri, hanya sebelah mata bergerak ke arah itu, sedangkan sebelah lagi melihat ke arah lain.
Fenomena itu menyebabkan cahaya yang masuk ke dalam mata difokus ke bahagian yang tidak sama pada retina. Lama-kelamaan mata yang tidak mendapat imej tepat menjadi malas atau ambliopia, yang mengurangkan keupayaan mata untuk melihat dengan jelas.

7. Adakah keadaan berbahaya yang boleh menyebabkan kejulingan?

Anak kecil yang mengalami kejulingan perlu menjalani pemeriksaan kerana mungkin disebabkan penyakit mata seperti barah retina. Pernah terjadi seorang kanak-kanak mengalami masalah kejulingan, tetapi ibu bapanya tidak membawanya menjalani pemeriksaan. Selepas setahun, barah pada retina kanak-kanak itu bertambah besar hingga menyebabkan matanya buta dan membahayakan nyawanya.

8. Apakah penyebab lain kejulingan selain daripada ketika lahir?

Selain yang berlaku ketika kecil, kejulingan boleh berlaku akibat kerosakan pada saraf menyebabkan seseorang, khususnya orang dewasa, mengalami diplopia iaitu mata melihat dua imej, sedangkan hanya satu objek di depan mereka. Hal ini boleh berlaku tiba-tiba.

9. Apa harus dilakukan jika hal ini berlaku?

Jika hal ini berlaku, pesakit perlu segera berjumpa doktor. Kejadian ini mungkin disebabkan kerosakan pada saraf yang mengawal pergerakan bola mata yang terletak di dalam otak. Jika ada penyakit di bahagian otak, kejulingan berlaku tiba-tiba.

10. Apa akan dilakukan doktor dalam keadaan ini?

Ketika pemeriksaan, doktor melihat penyebabnya. Kerosakan itu mungkin disebabkan penyakit kencing manis, barah dalam kepala atau tekanan darah tinggi.

11. Bolehkah barah otak menyebabkan kejulingan?

Mengimbas kembali pengalaman dua tahun lalu, seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) pernah mengalami kejulingan secara tiba-tiba, disertai dengan diplopia (satu objek kelihatan dua). Apabila dibuat pemeriksaan, pelajar itu menghidap barah otak yang serius.

12. Apakah rawatan bagi juling?

Ada beberapa kaedah rawatan kejulingan kurang serius. Ada kejulingan dapat dirawat dengan memakai cermin mata yang tepat. Bagi kanak-kanak pula, masalah ambliopia dapat diatasi jika rawatan dimulakan sebelum berusia sembilan tahun.

13. Kadangkala ada rawatan juling membabitkan cara menutup mata yang normal dan kanak-kanak digalakkan membaca dengan menggunakan mata yang kurang jelas penglihatannya. Apakah ini logik?

Ini adalah kaedah rawatan bagi ambliopia (mata malas). Pesakit diberi rawatan dengan menggalakkan penggunaan mata yang mengalami ambliopia dan menutup mata yang normal. Kaedah itu memaksa kanak-kanak menggunakan mata yang mengalami ambliopia untuk membuat kerja rumit. Bagaimanapun, kaedah itu berkesan sebelum berumur sembilan tahun.
Selepas tempoh itu, perkembangan mata kanak-kanak sudah sempurna dan sukar mengubahnya. Rawatan ini boleh dilakukan di rumah antara tiga dan empat sehari kira-kria tiga jam sehari oleh ibu bapa dengan panduan doktor pakar. Perlu diingatkan, pembedahan atau memakai kaca mata juga mampu memulihkan kejulingan, tetapi bergantung kepada tahap seriusnya masalah itu. Pembedahan bagi mengembalikan kesejajaran mata. Ia mudah dan tidak
bahaya.

14. Apakah pengalaman doktor dalam merawat pesakit juling?

Saya pernah merawat pelajar juling berusia 20-an. Pelajar itu berasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Setiap kali bertemu atau berbincang, pelajar itu takut bertentang mata dengan kawan.Ini kerana berpunca ibu bapa enggan membenarkannya menjalani pembedahan kerana menganggap kejulingan itu anugerah Tuhan dan tidak perlu diubah.

Bagaimanapun pembedahan, pelajar itu mengalami perubahan dengan keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai. Saya menasihatkan mereka yang disyorkan menjalani pembedahan menerimanya kerana pembedahan selamat.
(END)

17 comments:

  1. Salam doctor..saya ingin bertanya..berapakah kos rawatan bagi pesakit juling yg berumur antara 25 tahun ke atas yang ingin membuat rawatan pembedahan?...selepas rawatan kejulingan..adakah kesan2 lain pada mata pesakit?

    ReplyDelete
  2. Salam doctor, saya berumur 28 tahun dan mengalami masalah juling kedua2 belah mata sejak lahir..
    Bolehkah dr beri anggaran kos rawatan?

    ReplyDelete
  3. Salam Prof... saya adalah salah seorang peminat doktor.. thank u so much for giving this info. Sgt2 berguna untuk klas Anatomy saya. Stdnt saya pernah tanya tentang masalah juling tapi saya xdapat bagi penerangan yang jelas (saya cuma kata ia berkaitan masalah otot yg memegang eyeball).. thanks a lot Prof.. i really appreciate this..

    ReplyDelete
  4. Salam doc saya mngalami masalah juling dan tidak pernah mndpatkan rawatan sehingga sya skg brumur 33 tahun. Saya belum berkahwin dan sentiasa tiada keyakinan diri berdepan dgn orang.Adakah masalah juling sy masih boleh dirawat dan sekiranya perlu buat pembedahan berapa anggaran kosnya?

    ReplyDelete
  5. salam dr...saya berumur 24 tahun dan tinggal di kuala lumpur...saya ada masalah juling....dimanakah antara tempat yang saya boleh rujuk untuk dapatkan rawatan??? boleh rujuk Dr?? berapa anggaran kos rawatan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam doctor. Boleh bg email atau no fon utk contact terus tak? Sy nk tany lebih detail tentang surgery tuu.

      Delete
  6. salam Dr..kwn saya ada masalah ini...umur dia 23tahun...boleh kah di ubati?......berapa kos rawatan?..dia kurang keyakinan diri....

    ReplyDelete
  7. salam prof... sy shikin ibu kpada seorang nk lelaki berusia 4 thun lebih..ank sya mngalami mslh kejulingan..sy dpt mngesan masalah nie smasa dia berusia hmpir setahun...dn dalam pd itu dia jgk mngalami sawan tarik...sy dh cba rujuk pada pakar mata di Tun Hussein Onn dn doktor mngatakn ank saya mgalami katarak mata dn kosnya rawatannye mncecah hmpir ke 8ribu ttp tiada jminan dberikan...kmi xmpu tuk mngadakn wang sbnyak itu..apakah yg perlu sy lakukan..sy risau ble peratikn kdaan dia skrg...tuk pengetahuan prof. ank sy jgk mngalami perkembangan yg delay..kini sy amat2 risau ble pkirkn ttg prsekolahan dia nti...sy amat2 memerlukan nasihat dri prof...

    sieqinkelisa@yahoo.com.my
    http://www.facebook.com/sieqin.shukor

    harap sgt2 dpt feedback dri prof ttg masalah sy ini...

    terima kasih..

    ReplyDelete
  8. Umur saya dah 35 tahun.mata saya sebelah kanan juling akibat pembedahan tahun 1990.berapa kos pembedah kalau saya nak buat doktor

    ReplyDelete
  9. Umur saya dah 35 tahun.mata saya sebelah kanan juling akibat pembedahan tahun 1990.berapa kos pembedah kalau saya nak buat doktor

    ReplyDelete
  10. Umur saya dah 35 tahun.mata saya sebelah kanan juling akibat pembedahan tahun 1990.berapa kos pembedah kalau saya nak buat doktor

    ReplyDelete
  11. Hai doctor..berapa kos pebedahan mta juling dan ketarak putih..

    ReplyDelete
  12. Hai doctor..berapa kos pebedahan mta juling dan ketarak putih..

    ReplyDelete
  13. Salam,doktor prof,bagaimana cara merawat mata juling di sebelah kiri,dari saya lahir sampai ke dewasa umor 17,saya perlu rawatan apa doktor?

    ReplyDelete
  14. This is such a great resource that you are providing and you give it away for free. I love seeing blog that understand the value. Im glad to have found this post as its such an interesting one! I am always on the lookout for quality posts and articles so i suppose im lucky to have found this! I hope you will be adding more in the future... Laser Eye Surgery Michigan

    ReplyDelete
  15. Assalam doktor brapakah anggaran kos penbedahan

    ReplyDelete